Tiada lagi ciapan Raja Permaisuri Agong

0
349

CYBERJAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi menutup akaun Twitter miliknya menyebabkan ramai pengikut baginda terasa sunyi apabila akaun laman sosial itu tidak lagi aktif.

Menerusi akaun @cheaminahsayang tiada lagi ciapan apabila Malakat Tribune melihat ‘akaun tidak wujud’ untuk mengetahui perkembangan dan aktiviti terkini baginda.

Tunku Azizah kerap berkongsi aktiviti baginda bersama warga maya menerusi ciapan akaun Twitter miliknya.

Sejak kebelakangan ini baginda kerap memuat naik ciapan menerusi tulisan jawi sebagai langkah memperkasakan tulisan itu yang mendapat reaksi positif daripada pengikutnya.

Usaha baginda itu dipuji malah ramai dalam kalangan pengikutnya turut menggunakan tulisan jawi ketika membalas ciapan menerusi akaun itu.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini

Segelintir warga maya ‘menyerang’ baginda menerusi laman sosial yang mempersoalkan tindakan baginda memperkasakan tulisan itu.

Ada dalam kalangan warga maya tidak senang dengan usaha Tunku Azizah dalam memperjuangkan jawi sehingga mereka menggelarkan baginda ‘nenek sihir’ dalam tulisan Mandarin menerusi Facebook.

Tidak dapat dipastikan penutupan akaun laman sosial itu dibuat sama ada penghinaan itu membuatkan baginda bertindak sedemikian.

Sebelum ini Tunku Azizah pernah menutup akaun laman sosial itu tetapi kembali mengaktifkan semula selepas para pengikutnya merindui ciapan baginda. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here