Tiada sebab bermusuhan bangsa lain, bantu ekonomi umat Islam

0
75

RAUDHAH CITY 22 Dis. – Tiada sebab umat Islam perlu membenci atau bermusuhan dengan mana-mana bangsa lain sebaliknya mahu mereka bangkit terutama dari sudut ekonomi yang masih ketinggalan.

Perkara itu dinyatakan oleh pejuang ekonomi, Mohd. Fadzil Hashim yang menyatakan ada perkara yang perlu dicontohi manakala yang buruk perlu dicegah.

“Maksudnya dari pendekatan kita, kita tidak bermusuh dengan sesiapa.

“Tiada sebab kita nak benci atau bermusuh dengan mana-mana bangsa sekalipun tetapi dalam konteks perjuangan BMF kita sudah tahu keadaan ekonomi bumiputera hari ini sangat jauh walaupun selepas 62 tahun merdeka,” katanya kepada selepas Program Ayuh Bangkit 4.0 di Ibu pejabat Brainy Bunch di sini.

Mohd. Fadzil menambah, pihaknya terpaksa satukan hati orang Islam dan bantu ekonomi mereka terlebih dahulu.

Jelasnya, pada masa sama beliau mengharapkanmereka yang bukan beragama Islam tidak berkecil hati dalam soal ekonomi ini.

“Kita lakukan bukan untuk boikot atau merosakkan hubungan cuma mahu membantu menyediakan ruang dan peluang kepada peniaga Muslim,” jelasnya. – #malakattribune

Mohd. Fadzil Hashim (kiri) berbual dengan peserta selepas program Ayuh Bangkit 4.0 di Ibu pejabat Brainy Bunch, Raudhah City Cyberjaya, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here