Tokki tolak tawaran Vellfire Ah Long berpendapatan RM16 juta sehari

0
9364

RAUDHAH CITY – Ganjaran wang tunai dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Vellfire adalah antara tawaran yang cuba disuap kepada Tokki untuk menundukkan kesungguhannya melawan kumpulan lintah darat Ah Long di negara ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkongsi pengalaman pada Konvensyen Kewangan Keusahawanan Islam di Kampus Brainy Bunch, Cyberjaya.

Tokki atau nama sebenarnya Datuk Nadzim Johan sebagai Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengaku disogok tawaran itu daripada ketua Ah Long nombor 5 bernama Alex yang mempunyai kekayaan luar biasa.

“Saya ditawarkan sejumlah wang tunai yang banyak dan sebuah Toyota Vellfire sebagai tanda persahabatan daripada ketua Ah Long nombor 5.

“Dia kata sekadar mahu berkawan. Tapi kita tahu apa niat mereka. Kalau you ambik, you habislah,” katanya.

Tokki berkata demikian dalam Konvensyen Kewangan Keusahawanan Islam (KKKI) di ibu pejabat Brainy Bunch di sini.

Nadzim berkata, kesungguhan PPIM membanteras peras ugut daripada Ah Long membawa kepada banyak kejayaan sehingga mendapat liputan media antarabangsa.

  “Alhamdulillah kami tahu macam mana nak uruskan Ah Long. PPIM membuktikan kejayaan usaha itu sedangkan di negara seperti India, Pakistan, Bangladesh, Jepun, China dan Itali itu sudah lama  gagal,” katanya.

KKKI menampilkan sembilan individu berjaya dalam perniagaan antaranya Pengasas Kumpulan Brainy Bunch dan Raudhah City, Mohd. Fadzil Hashim; Ikon Usahawan Berjaya, Azlan Al Amin; Certified Master Trainer & Coach NLP, Fadzli Yusof dan Jurutera Forensik Kewangan, Zaidi Ismail.

Selain itu turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Mohd. Firdaus Azharuddin; Principal Irealty, Erman Taib; Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Dr. Razali Othman; Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Ketua Islamic Relief Malaysia, Zairushahfuddin.

Kesemua individu hebat ini dihimpunkan dalam satu konvokesyen bagi memberi inspirasi, berkongsi ilmu serta pengalaman mereka menerusi tiga fasa iaitu inspirasi dan motivasi; teknikal kewangan dan kewangan serta kesatuan ummah. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here