Tolak motorsikal dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang

0
166

CYBERJAYA 6 Jan. – Sudahlah dibuang kerja, majikan hanya membayar gaji RM5 gara-gara bertanya bilakah gaji selama dua bulan yang tidak dibayar.

Perkara itu dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook Iwan Putra Bgp yang tersentuh melihat seorang lelaki menolak motosikal di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Tapah.

Menurutnya, dia tersentuh melihat keadaan lelaki itu yang menolak motosikal kerana kehabisan petrol lalu berhenti untuk membantunya.

Berikut merupakan catatan Iwan dalam akaun Facebook miliknya yang mendapat tanda suka lebih 1,400 dan dikongsi 255 sejak semalam.

Hari ini saya nak kongsikan pegalaman saya yang menyentuh hati sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang sampai di Tapah saya ternampak seorang hamba Allah sedang menolak motor sebelum saya berhenti sempat saya berfikir.

Takut juga nak berhenti. Takut perkara yang tak diingini berlaku sebab masa itu saya seorang sahaja. Tapi tak sampai hati pula, akhirnya saya berhenti dan saya bertanya kepada si dia

Saya: bang apahal? motor rosak ke?
Dia: Tak lah motor habis minyak.
Saya: Nak saya tolong hantar ke pump minyak tak?
Dia: Tak apalah bang
Saya: Dari mana nak kemana?
Dia: Nak ke Penang
Saya: macam mana boleh habis minyak?

Dah mula saya fikir ini mesti ada yang tak kena.

Saya: Tak apalah bang saya tolong hantar abang pergi pump minyak.

Saya: Angkat motorsikal dia naik atas kereta saya, dalam perjalanan kami mula berbual.

Saya: Abang dari mana nak kemana?
Dia: Saya dari Kuala Lumpur nak balik rumah, rumah saya di Pulau Pinang.
Saya: macam mana boleh habis minyak? Apa sebenarnya yang terjadi? dah berapa jauh tolak motorsikal itu?
Dia: Dari Tanjuhg Malim minyak motorsikal habis, dah enam jam saya tolak motorsikal ini.

Saya: Habis nak tolak sampai mana?
Dia: Tolak sampai rumah ( Pulau Pinang)
Saya: Jauh tu silap-silap dua hari pun tak sampai-sampai

Dia hanya mendiamkan diri.

Saya: Buat apa kat Kuala Lumpur dah berapa lama di Kuala Lumpur?
Dia: Saya dapat kerja di Kuala Lumpur sebagai pengawal keselamatan, dah dua bulan saya bekerja di Bukit Jalil, makan minum tempat tinggal disediakan, dah dua bulan kerja tak bayar gaji, lepas itu saya mintak gaji nak kirim kat kampung lepas itu boss saya terus marah. Dia bagi saya duit RM5. Dia kata lepas ini aku tak nak tengok muka kau. Dengan duit RM5 itu saya isi minyak, sampai di Tanjung Malim minyak motor habis, itu yang saya tolak (tolak motorsikal)

Saya terus mendiamkan diri tanpa banyak soal lagi kerana masa itu tiba-tiba je mata saya masuk habuk. Sampai ke Pulau Pinang saya turunkan dia di sebuah stesen minyak dan saya bagi dia RM10r, nak bagi lebih tapi saya bukan orang senang. Hanya mampu bagi seihklasnya saja.

Alhamdulillah dari situ saya merasa sangat-sangat bersyukur atas diri ini yang selama ini merasa tak pernah cukup atas apa yang telah diberikn Allah. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here