TUDM laksana penerbangan ihsan bawa pesakit warga emas

0
224

Gambar ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia

CYBERJAYA 9 Dis. – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit warga emas yang memerlukan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Warga emas tersebut, Duyah Hanapiah, 74, mengalami penyakit ‘Peripheral Vascular Disease’ diterbangkan dengan pesawat CN 235 dari Lapangan Terbang Alor Setar ke Pangkalan Udara Subang pada pukul 9.11 pagi tadi.

Pesawat tersebut dikendalikan Mejar Hafiz Mohd. Hashim dan pembantunya, Kapten Nazirul Shafiq Azahari serta tiga krew pesawat.

Turut serta dalam penerbangan tersebut adalah waris pesakit, Datin Seri Nor Aswana Omar dan Noor Aslini Omar, serta Pegawai Perubatan, Izzatul Syazwani Ismail bersama seorang staf perubatan, Norsyuriani Abdul Malek. – #MalakatTribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here