TUDM laksana penerbangan ihsan bawa pesakit

0
242

SUBANG, 23 Jan 20 –Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melaksanakan penerbangan ihsan memindahkan seorang pesakit dari Senai, Johor ke Kelantan.

Pesakit tersebut, Eila Fariha Ramli, 24, yang menghidap penyakit Dengue Encephalitis
Tro Autoimmune Encephalitis, telah mendapat rawatan awal di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, namun jenis penyakit yang dihidapi perlu mendapat rawatan susulan doktor pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan.

Penerbangan ihsan tersebut dilaksanakan menggunakan pesawat CN235 dari detasmen No. 1 Squadron yang berpangkalan di Subang.

Dari Senai, pesawat tersebut berlepas bersama pesakit untuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada pukul 7.50 pagi.

Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang satu satu jam 35 minit ini diketuai oleh Mejar Udara Khairunizam Mohamad Kasim selaku juruterbang bersama pembantu juruterbang,
Kapten Udara Mohamad Syahmi Mohamad Ali serta tujuh orang anak kapal. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here