[VIDEO] Rombongan perniagaan ke Yiwu, China ditangguhkan

0
129

RAUDHAH CITY – Rombongan perniagaan bersama Mohd. Fadzil Hashim atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil ke Yiwu, China ditangguhkan berikutan penularan wabak Novel 2019 coronavirus di negara itu.

Mohd. Fadzil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ASEAN Market Gateway (AMG) berkata, rombongan selama enam hari lima malam bermula 10 Februari ini ditangguhkan sehingga keadaan di sana kembali reda.

Coranavirus : Rombongan perniagaan ke Yiwu, China ditangguhkan

Tambah beliau, mengikut maklumat yang diperoleh daripada rakan-rakan di sana, seluruh kawasan di China tidak boleh keluar masuk baik penduduk tempatan mahupun pelancong luar.

“Tempoh penangguhan tidak dapat dipastikan kerana berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan China mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lebih 100 kematian dicatatkan setakat ini.

“Selain itu, rakan-rakan di Yiwu menyatakan keadaan di sana baik cuma mereka tidak dibenarkan keluar kerana kuarantin sedang dilaksanakan,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Mohd. Fadzil menambah, pihaknya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan merujuk kepada pihak berkuasa dahulu sebelum melakukan rombongan perniagaan ke sana.

Mengenai langkah pencegahan di prasekolah dan sekolah antarabangsa Brainy Bunch, beliau berkata, sebarang aktiviti melibatkan orang awam ditangguhkan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Alhamdulillah, Malaysia belum ada lagi penularan wabak itu. Awal tahun ini negara dikejutkan dengan Influenza A dan baru-baru ini wabak coronavirus.

“Saya minta semua pihak ambil langkah berjaga-jaga dan kurangkan pendedahan di tempat awam,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here