Warga Amerika diarahkan tinggalkan Iraq segera

0
112

Kenderaan pasukan keselamatan Iraq bersiap sedia di bangunan Kedutaan AS di Baghdad.

CYBERJAYA 3 Jan. – Kedutaan Besar Amerika Syarikat(AS) di Baghdad mengarahkan semua rakyatnya segera meninggalkan Iraq berikutan ketegangan yang kian memuncak selepas komander tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran, Qasem Solaiman terbunuh dalam serangan dron oleh AS semalam, memetik laporan Reuters.

“Disebabkan ketegangan yang semakin memuncak di Iraq dan kawasan serantau, pihak kedutaan mengarahkan warga AS untuk keluar dari Iraq segera.

“Warga AS diminta keluar menggunakan jalan udara, jika gagal mendapatkan penerbangan mereka perlu keluar menggunakan jalan darat ke negara lain,” katanya.

Dalam serangan itu seorang lagi komander tentera Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis yang juga penasihat kepada Qassem turut terkorban.

Pembunuhan berprofil tinggi itu dilihat sebagai tamparan hebat kepada Iran yang telah lama berkonflik dengan AS.

Malah, pembunuhan itu turut menimbulkan kemarahan pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang berikrar akan membalas dendam di atas kematian Qasem dan Abu Mahdi. –#malakattribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here