10 penumpang kapal pesiaran positif coronavirus

0
173

CYBERJAYA – Seramai 10 penumpang sebuah kapal pesiaran yang ditahan di luar Yokohama, Jepun disahkan positif menghidap Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Memetik laporan portal The Guardian, saringan kesihatan terhadap para penumpang dan kakitangan kapal tersebut sedang dilakukan, dengan 273 individu telah disaring.

Kapal Diamond Princess, yang membawa 2,500 penumpang dan 1,000 anak kapal ditahan kelmarin daripada berlabuh di pelabuhan kerana salah seorang penumpang yang tiba di Hong Kong pada 25 Januari lalu didapati positif wabak merbahaya itu.

Setakat ini, jumlah kematian di seluruh dunia berjumlah 492, dengan dua kematian berlaku di luar China, masing-masing satu di Filipina dan Hong Kong.

Sementara itu, syarikat pembuat kereta Korea Selatan, Hyundai mengumumkan pemberhentian sementara pembuatan keretanya akibat kekurangan bekalan alat ganti.

Difahamkan, pemberhentian sementara itu adalah dari 7 Februari hingga 12 Februari.

Menurut Reuters, pembuatan kereta Hyundai di Korea Selatan merangkumi kira-kira 40 peratus daripada keluarannya untuk pasaran dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here