2 lagi bandar raya di China sekat perjalanan penduduk

0
165

BEIJING: Dua lagi bandar raya di wilayah timur Zhejiang menyekat pergerakan penduduknya susulan kebimbangan penularan wabak Novel 2019 Coronavirus (2019-nCoV).

Langkah tersebut diambil sebagai usaha meminimumkan risiko jangkitan walaupun bandar raya tersebut terletak jauh dari lokasi pusat penularan wabak itu.

Bandar raya Taizhou dan tiga daerah di Hangzhou, termasuk kawasan perumahan bagi ibu pejabat gergasi teknologi Alibaba hanya membenarkan seorang bagi setiap isi rumah untuk keluar membeli barangan keperluan dua hari sekali, kata pegawai bandar raya itu.

Kawasan berkenaan memiliki populasi melebihi sembilan juta penduduk. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here