90 ahli Parlimen telah bertemu Agong, baki lagi esok

0
144
Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said

KUALA LUMPUR – Istana Negara telah bertemu dengan 90 ahli Parlimen bagi mengetahui kedudukan dan pilihan perdana menteri mereka.

Difahamkan, kesemua ahli Parlimen tersebut telah ditemu bual oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Antara yang hadir hari ini, ahli Parlimen dari UMNO, Pas, GPS, Bersatu, STAR, Parti Sarawak Bersatu dan Warisan.

Sementara itu, menurut ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, antara lain Yang di-Pertuan Agong mahukan para ahli Parlimen supaya menamakan seorang calon perdana menteri, atau mencadangkan supaya Parlimen dibubar.

“Cadangan kami adalah rahsia,” kata Ismail yang ditemui di luar Istana Negara.

“Terpulang pada baginda untuk mengambil tindakan yang perlu hasil temu bual ini,” katanya lagi.

Proses yang sama akan berlaku esok, dengan 132 lagi baki ahli Parlimen dari parti yang lain akan melalui proses yang sama. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here