Abam Bocey meninggal dunia

0
2699

CYBERJAYA – Pelakon dan pelawak terkenal, Abam Bocey ataupun nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya, pagi tadi.

Menurut portal berita Astro Awani, isteri allahyarham, Nor Hidayah Mohd. Ali berkata, Abam mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu, namun enggan mendapatkan rawatan.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya kepada Astro Awani.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here