Abang Johari tiba di PMO

0
220

PUTRAJAYA – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg tiba di Bangunan Perdana Putra di sini pada pukul 3.47 petang.

Difahamkan, beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berada di pejabatnya sejak pagi tadi.

Terdahulu, pemimpin-pemimpin utama parti politik dilihat keluar masuk Bangunan Perdana Putra sejak pagi tadi untuk bertemu dengan Dr. Mahathir.

Antaranya ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahir Hamidi, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here