ADU KLIA siap siaga terima rakyat Malaysia dari Wuhan

0
197
Pusat Kecemasan Udara (ADU) KLIA sudah siap menerima ketibaan rakyat Malaysia yang dipindahkan dari Wuhan, China. – GAMBAR KKM

CYBERJAYA – Rakyat Malaysia yang dievakuasi dari Wuhan, China yang dilanda wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) tidak akan melalui bangunan terminal KLIA, sebaliknya akan terus ke bangunan Unit Kecemasan Udara (ADU) untuk proses dekontaminasi dan saringan kesihatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi akaun twitter miliknya memaklumkan pesawat AirAsia yang disewa khas telah berlepas dari KLIA ke Wuhan pada pukul 3.50 petang tadi bagi melaksanakan proses evakuasi tersebut.

Pesawat tersebut membawa 12 anak kapal, 6 kakitangan KKM, seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan seorang wakil Kementerian Luar.

“Bagaimanapun, ketibaan pesawat tersebut kembali ke Malaysia tidak dapat dipastikan kerana bergantung kepada tempoh masa saringan di lapangan terbang Wuhan, proses imigresen, dan kebenaran berlepas,” kata kenyataan itu.

Kakitangan KKM akan akan memantau kesihatan para penumpang dan jika ada yang menunjukkan sebarang simptom, mereka akan diasingkan di tempat khas di hujung pesawat.

Sementara itu, ADU yang dibina khusus di kawasan KLIA kini telah seiap sedia untuk menerima semua penumpang pesawat.

Kata KKM, kesemua 167 penumpang termasuk kakitangan KKM di dalam penerbangan tersebut akan melalui proses dekontaminasi di ADU sebelum dipindahkan ke Pusat Pemantauan untuk kuarantin selama 14 hari. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here