Agong batal jawatan semua menteri Kabinet

0
418

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan jawatan menteri-menteri Kabinet atas nasihat Perdana Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali berkata, pembatalan itu berkuatkuasa sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri.

“Sehubungan itu, tugas-tugas Anggota Pentadbiran (merangkumi YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here