Agong panggil ketua-ketua parti pilih calon pm

0
136
Istana Negara

KUALA LUMPUR – Proses temubual 221 ahli Parlimen di Istana Negara masih belum berjaya meyakinkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai individu yang dipilih sebagai perdana menteri.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, proses yang berlangsung selama dua hari itu masih gagal meyakinkan Seri Paduka mengenai individu yang mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen.

“(Oleh itu) Pihak Istana Negara akan berhubung dengan Ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat, bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.”

Dalam kenyataan yang sama, Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli Parlimen, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali dan semua pihak yang terlibat dalam proses temu bual yang berlangsung pada 25 dan 26 Februari lalu.

“Seri Paduka seterusnya akan terus berusaha untuk mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat jelata dan negara yang kita cintai bersama.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here