Ahli Parlimen BN, Pas mengadap Agong petang ini

0
161

Istana Negara

KUALA LUMPUR – Kesemua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pas akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 5 petang ini.

Pertemuan itu disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, pihaknya sudah memiliki sejumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ya kita ada jumlah yang cukup iaitu 129 (ahli Parlimen). Petang ini kami akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara,” kata ahli Parlimen Kota Bharu itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah semua ahli Parlimen BN dan PAS akan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad ke Istana Negara petang ini. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here