Ahmad Zahid dan Muhyiddin tiba di PMO

0
281

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Bangunan Perdana Putra di sini pada pukul 10.50 pagi.

Manakala Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bangunan yang sama pada pukul 11.18 pagi.

Menurut sumber, turut tiba ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Difahamkan, beberapa lagi pemimpin utama parti dijangka tiba, antaranya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam perkembangan lain, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat keluar dari Bangunan Perdana Putra pada pukul 11.20 pagi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here