Angka kematian COVID-19 terus meningkat di China

0
102
Orang ramai dan pelancong memakai penutup hidung dan mulut berikutan penularan COVID-19

CYBERJAYA – Jumlah kematian akibat wabak coronavirus COVID-19 di China terus meningkat kepada 1,113 orang dengan pertambahan kes positif jangkitan sebanyak 44,653 orang setakat petang hari ini.

Daripada jumlah itu sebanyak 4,777 pesakit dilaporkan telah pulih sepenuhnya di China.

Dalam pada itu, secara keseluruhan jumlah pesakit COVID-19 yang berlaku di 28 buah negara ialah sebanyak 45,171 kes yang mana dua kes kematian direkodkan masing-masing satu di Hong Kong dan Filipina sebelum ini.

Jumlah pesakit yang sembuh pula di kesemua negara tersebut ialah 4,831 orang.

Sementara itu, jumlah pesakit COVID-19 di Malaysia kekal 18 kes dengan tiga pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar hospital sebelum ini.

Di negara jiran, Thailand pula terdapat pertambahan satu kes semalam yang menjadikan secara keseluruhan 33 kes jangkitan wabak tersebut setakat ini.

Sebanyak tiga pesakit COVID-19 telah pulih sepenuhnya di Malaysia selepas menerima rawatan

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Suwannachai Wattanayingcharoenchai, kes positif terbaharu itu melibatkan seorang pelancong berumur 54 tahun dari Wuhan yang melawat Thailand, sebelum China mengenakan sekatan pergerakan keluar masuk di beberapa bandarnya akibat wabak itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here