Anwar jumpa Tun M semalam

0
106

PETALING JAYA- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam susulan pemilihan semula Perdana Menteri Interim itu sebagai calon Perdana Menteri kelapan oleh Pakatan Harapan (PH).

“Jumpa, jumpa semalam,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas tiba di sebuah hotel di sini kira-kira pukul 12 tengah hari tadi bagi menghadiri mesyuarat bersama Ahli Parlimen PH.

Turut kelihatan di hotel itu ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Klang, Datuk Dr. Xavier Jeyakumar, Ahli Parlimen Lumut Datuk Dr. Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan pagi tadi menyatakan sokongan penuh blok itu kepada Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-8.

PH adalah gabungan yang mendapat mandat jelas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“PH bertegas menentang menentang sebarang usaha ‘kerajaan pintu belakang’ terutama yang membabitkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan yang akan merosakkan segala usaha reformasi yang telah dilaksanakan hingga kini.

“PH berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuangkan manifesto Pakatan Harapan dalam kerajaan,” kata kenyataan itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here