Anwar persembah nama Dr. Mahathir kepada Agong

0
63
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tujuannya hadir ke Istana Negara tengah hari tadi adalah untuk menyatakan perubahan pendirian Pakatan Harapan (PH) berhubung calon Perdana Menteri.

Anwar berkata, beliau terharu dengan sokongan diberikan namun, memilih kepentingan negara melebihi peribadi.

“Hadir ke Istana Negara tengahari tadi bagi menyerahkan surat menyatakan perubahan pendirian Pakatan Harapan terkait calon Perdana Menteri dengan mengusulkan nama Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri mewakili PH.

“Saya terharu dukungan yang diberikan kepada saya, namun saya pilih untuk melihat kepentingan negara melebihi peribadi,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Tengah hari tadi, kenderaan yang dinaiki Anwar dilihat meninggalkan Istana Negara selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, PH mengesahkan pihaknya telah memilih Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri yang baharu bagi menggantikan nama Anwar yang dicalonkan sebelum ini.

Selain Dr. Mahathir, nama lain dicalonkan sebagai Perdana Menteri ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Presiden Bersatu.

Perkembangan terkini situasi kemelut politik menyaksikan pertembungan untuk menjadi Perdana Menteri kelapan bertambah rumit kerana kedua-dua calon berkenaan merupakan pimpinan kanan dalam Bersatu namun, disokong oleh parti berbeza.

Dr. Mahathir disokong oleh PH yang dianggotai DAP, PKR dan Amanah manakala, Muhyiddin didokong oleh Barisan Nasional (BN) dan Pas selain beberapa parti lain di bawah nama Gabungan Baharu. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here