Anwar: Pilih Dr. Mahathir keputusan PH

0
88
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

CYBERJAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan melantik semula Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri merupakan keputusan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata demikian ketika kepada pemberita ketika mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang mendakwa mendapat sokongan penuh sebagai calon Perdana Menteri.

“Itu keputusan Pakatan Harapan,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette hari ini.

Terdahulu, Anwar meninggalkan kediamannya di Segambut pada pukul 11.40 pagi bersama isteri beliau yang juga Presiden PH dan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Awal pagi hari ini, beberapa pemimpin gabungan tersebut termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertemu Dr. Mahathir.

PH hari ini membuat keputusan mengejutkan apabila menyatakan sokongan penuh kepada Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya, gabungan parti itu memaklumkan, ia berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuangkan Pakatan Harapan dalam kerajaan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here