Anwar tiba di Istana Negara, keluar 10 minit kemudian

0
612

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara pada pukul 1.30 petang tadi.

Difahamkan, beliau tiba untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mengiringi beliau, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmy Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Namun, kenderaan membawa pemimpin itu dilihat meninggalkan istana pada pukul 1.40 petang.

Cubaan pihak media untuk mendapatkan komen Anwar tidak berjaya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here