
CYBERJAYA – Pelakon dan model Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia, pagi tadi.
Menurut portal Kompas, perkara tersebut disahkan oleh Doddy, pengurus isteri Ashraf, Bunga Citra Lestari.
“Iya (benar meninggal),” kata Doddy menerusi aplikasi Whatsapp kepada wartawan Kompas, pagi tadi.
Menurut Doddy, Ashraf, 40, meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 4 pagi tadi (waktu tempatan).