Asianic tawarkan produk penjagaan diri setanding antarabangsa

0
201

RAUDHAH CITY – Biarpun barangan penjagaan diri yang terdapat di pasaran hari ini tumbuh bak cendawan, namun itu tidak menghalang produk jenama Asianic tampil bersaing dengan yang lain.

Apa yang lebih membanggakan, kualiti produk penjagaan diri keluaran syarikat Muslim itu juga setanding dengan pelbagai jenama antarabangsa lain yang terdapat di pasaran ketika ini.

Pengarah Pemasaran Asianic, Leny Adam berkata, produk itu sudah berada di pasaran tempatan sejak tiga tahun lalu, ia bukan sahaja halal malah, diformulasi dengan bahan-bahan semula jadi.

“Hasrat kita adalah untuk untuk mengeluarkan produk-produk halal yang bermutu tinggi dengan formula yang bagus.

“Dalam masa sama, kita mahu produk ini juga dijual dengan harga yang berpatutan agar semua pengguna dapat menikmati produk yang setanding dengan produk antarabangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, Leny berkata, kesemua jenis-jenis produk yang dikeluarkan Asianic diformulasi daripada bahan-bahan ekstrak buah-buahan dan bunga-bungaan.

“Asianic menampilkan pelbagai jenis produk penjagaan diri iaitu dari hujung kaki hingga hujung rambut seperti skrub badan, syampu, pencuci wanita dan losyen.

“Selain itu, kami juga ada menghasilkan produk-produk penjagaan diri khas untuk kanak-kanak. Boleh dikatakan, jenama ini ada mengeluarkan produk untuk seisi keluarga,” katanya.

Dalam pada itu katanya, produk yang diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

“Maknanya produk kami adalah ‘water base’, jadi sesiapa yang ada masalah kulit boleh gunakan.

“Bagi mereka yang tiada masalah, sudah tentu produk ini mampu meningkatkan kesegaran kulit anda.

“Kami juga ada mengeluarkan produk-produk tradisi seperti susu beras, tapi dengan versi yang lebih moden bagi memudahkan pengguna,” katanya.

Dalam pada itu katanya, bagi memastikan jenama produknya terus berkembang, Leny berkata, Asianic bakal dipasarkan di pusat beli belah Malakat Mall yang akan dibuka pada 1 Mac ini.

“Alhamdulillah, sebagai jenama keluaran Muslim, kami turut memberikan sokongan sepenuhnya ke atas pembukaan pusat beli belah ini.

“Harapan kami agar dapat bersama-sama dengan Malakat Mall untuk memperkasakan ekonomi orang Islam apatah lagi konsep yang diketengahkan begitu menarik sekali.

“Diharap ramai pengguna di luar sana akan memberi sokongan kepada produk keluaran Muslim,” katanya.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here