Azmin, Zuraida dipecat dari PKR serta-merta

0
113

PETALING JAYA – Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini membuat keputusan memecat Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Naib Presiden Zuraida Kamaruddin berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemecatan pemimpin parti itu diputuskan selepas mengambil kira tindakan kedua-dua individu itu yang dianggap satu pengkhianatan kepada Pakatan Harapan.

“Pengkhianatan terbuka yang dipimpin beberapa dalang utama ini menyebabkan keadaan yang menjejaskan kerajaan PH.

“Oleh demikian, MPP atas keputusan secara konsensus tak ada suara yang berbeza telah ambil ketetapan, Azmin dan Zuraida dipecat dari keahlian serta-merta,” katanya pada satu sidang media, di sini hari ini.

Saifuddin berkata, beberapa pimpinan PKR yang dilihat bersubahat atau bersama dengan Azmin dan Zuraida akan diberi surat tunjuk sebab untuk menjelaskan sejauh mana penglibatan mereka dalam episod ‘pengkhianatan’ itu. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here