Bantulah demi perjuangan ekonomi ummah

0
220

Kebangkitan masyarakat Muslim sejak kebelakangan ini terhadap produk usahawan Islam dan bumiputera tidak seharusnya dipandang rendah oleh segelintir pihak.

Mungkin ada menyatakan kempen Buy Muslim First (BMF) yang masih hangat diperkatakan dalam media sosial akan ‘senyap’ apabila tiada lagi pihak meneruskan agenda tersebut.

Tanggapan itu salah sama sekali. Jika tiada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggerakkan usaha ini sudah tentu produk Muslim kita sukar dikenali di pasaran tempatan.

Kewujudan kumpulan-kumpulan BMF dengan pelbagai nama menjadi pemangkin kepada pengenalan produk Muslim yang berada di pasaran.

Antara perniagaan yang diusahakan oleh usahawan Muslim kita ialah kedai yang menjual aneka barangan pada harga RM2.

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita cukup sinonim dengan kedai yang menjual barangan pada harga itu.

Kedai RM2 yang dikendalikan oleh bukan bumiputera sentiasa mendapat sambutan pengguna. Boleh dikatakan ia menjadi tempat ‘berhantu’ bagi mereka yang membeli-belah di situ.

Sepanjang pemerhatian penulis dalam kumpulan BMF menerusi media sosial, penulis tertarik dengan seorang usahawan Muslim ini yang gigih membuka peluang kepada mereka menceburi perniagaan itu.

Walaupun kurang publisiti tetapi beliau berjaya membuka lebih 45 cawangannya di seluruh negara.

Usaha dilakukan usahawan itu wajar dicontohi kerana bukan sahaja mengembangkan perniagaan sebaliknya membantu usahawan Muslim lain untuk turut serta menyertainya.

Inilah yang dicari dalam membantu meningkatkan ekonomi umat Islam. selain peluang perniagaan, penduduk di sekitarnya turut mendapat tempias terutama peluang pekerjaan.

Kepada usahawan Muslim lain bantulah mereka yang mahu terlibat dalam perniagaan. Ini untuk kebaikan ummah dan perjuangan dalam membangunkan ekonomi masyarakat kita.

Yang penting ikhlas dalam perjuangan dan fokus untuk mengubah ekonomi umat Islam ke tahap lebih baik serta masa depan anak-anak kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here