Bekas ahli Parlimen PKR jumpa Tun M

0
228

KUALA LUMPUR – Yayasan Al-Bukhary menjadi tumpuan petugas media berikutan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat bersama ahli-ahli Parlimen parti itu di sini hari ini.

Bagaimanapun beberapa Ahli Parlimen bekas PKR dilihat tiba secara berasingan di yayasan berkenaan dipercayai hadir dalam mesyuarat bersama Pengerusi Bersatu itu. 

Kenderaan dipercayai membawa Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin memasuki perkarangan bangunan yayasan itu.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here