Bersatu-PH tadbir Kedah

0
137

KUALA LUMPUR – Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah ditadbir bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata, namun bukanlah kerajaan perpaduan seperti dibayangkan oleh bapanya yang merangkap Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Semuanya kekal kecuali kami kini dikenali sebagai kerajaan Bersatu-PH,” katanya seperti dipetik portal Malaysiakini hari ini.

Mukhriz menambah, pentadbiran kerajaan negeri itu berjalan seperti biasa.

Katanya, beliau mengadap pihak istana hari ini bagi memaklumkan perkembangan politik semasa selain menyerahkan 18 surat perakuan daripada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH dan Bersatu yang menyokongnya kekal sebagai menteri besar.

“Baginda sultan memperkenankan surat sokongan itu, justeru kerajaan negeri berharap rakyat kekal tenang dan rasional,” katanya.

Kata beliau, negeri itu tidak terjejas dengan perkembangan pergolakan politik yang berlaku di peringkat Persekutuan.

“Fokus kami ialah Kedah dan kami berharap krisis yang berlaku sekarang dapat diselesaikan segera,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here