Bersatu umum keluar Pakatan Harapan

0
80

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan.

Pengumuman itu dilakukan oleh Presiden Bersatu, Datuk Seri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan di akaun Facebook rasminya kira-kira pukul 2 petang.

“Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

“Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti Bersatu juga dengan ini keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here