Bersedia hadapi ‘ledakan’ permintaan produk Muslim

0
515

Awal tahun 2020 kebangkitan ekonomi Islam sudah mula bergerak.

Januari menjadi saksi bagaimana beberapa langkah telah diambil bagi merancang penguasaan umat Islam di negara ini membangunkan ekonomi ummah yang agak ketinggalan untuk bangkit semula.

Majlis prapelancaran pusat beli belah Malakat Mall membuka langkah awal bahawa usaha mewujudkan sebuah pusat produk keluaran Muslim dilancarkan.

Ia merupakan saat-saat ditunggu umat Islam di Malaysia kerana belum ada lagi sebuah pusat beli belah seumpama itu menghimpunkan semua produk usahawan Muslim dibawah satu bumbung.

Sesuatu yang menarik bagi tahun 2020 kali ini, ia bukan menceritakan tentang sebuah negara maju tetapi era baharu bagi umat Islam mengurangkan penguasaan 60 peratus syarikat asing dalam ekonomi negara.

Pelbagai produk diusahakan oleh usahawan Islam cuma ia kurang kelihatan di pasar raya-pasar raya besar atau outlet yang khusus menjual produk mereka.

Mungkin tiada tempat ‘dihati’ pemilik pasar raya atau kompleks beli belah asing, maka kewujudan Malakat Mall adalah sesuatu dinantikan.

Mungkin ada yang spektikal atau memandang sinis tentang langkah ini tetapi dengan siapa usahawan Muslim ini mahu mengadu?

Buy Muslim First (BMF) yang dilancarkan tahun lalu oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi pembuka bicara memperkenalkan produk-produk Muslim ini kepada masyarakat.

Ramai tidak menyangka usahawan kita memiliki produk berkualiti setanding jenama asing.

Malah pengguna terutama umat Islam masih sangsi lagi tentang produk dimiliki usahawan Islam.

Jangan salahkan mereka. Ini kerana promosi berterusan sambil dimomokkan produk itu lebih bagus daripada produk tempatan membuatkan pengguna Islam kurang yakin dengan produk sendiri.

Jika dibandingkan dengan negara-negara jiran lain mereka memiliki produk tempatan sendiri. Keluaran Muslim juga yang menjadi kebanggaan.

Adakah kita sebagai pengguna Islam mahukan seperti mereka? Berbangga dengan ‘air tangan’ yang dihasilkan oleh usahawan Islam itu sendiri.

Yang perlu diubah adalah ‘mindset’ pengguna Islam dulu. Mungkin tidak secara drastik tetapi promosi berterusan oleh NGO serta kumpulan media sosial mampu mendidik pengguna Islam memilih produk kita sendiri.

Bagi usahawan Muslim pula, bersedia dalam menghadapi ‘ledakan’ permintaan pasaran. Ini kerana Malakat Mall hanya pencetus tetapi sudah ada beberapa pihak membangunkan pasar raya Muslim sendiri bagi merancakkan lagi ekonomi Islam.

Kita perlu berbangga dan seharusnya berbangga dengan langkah ini. Ia bukan untuk kita tetapi masa depan anak-anak kita betapa pentingnya produk Muslim menguasai pasaran tempatan dan mustahil ke peringkat global.

Bersabar dan terus istiqomah usahawan Muslim. Yakinilah Allah jika perancangan yang dibuat itu demi pembangunan ummah. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here