BN,Pas calonkan Muhyiddin PM ke-8

0
195

KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas sebulat suara bersetuju mencalonkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini, UMNO yang mempunyai 39 ahli Parlimen dan Pas memiliki 18 ahli Parlimen memilih Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri itu.

“UMNO dan Pas mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh (Bersatu) sebagai Perdana Menteri ke-8 untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata kenyataan itu yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya kenyataan itu, ini bermakna seramai 57 ahli Parlimen UMNO dan Pas memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhyiddin sebagai calon jawatan itu.

Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) turut mengeluarkan kenyataan menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri itu.

“UMNO serta parti gabungan komponen Barisan Nasional khususnya MCA (dengan dua ahli Parlimen dan MIC (1 ahli Parlimen bersetuju mencalonkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8) kata Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor menerusi kenyataan di sini hari ini.-

Ini bermakna Muhyiddin mendapat sokongan daripada BN dan Pas sebanyak 42 ahli Parlimen.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here