Bos, Mama Kirim Salam

0
262

CYBERJAYA – Dalam mengangkat industri hiburan yang mengikut syariah, Alhijrah Media Corporation menerbitkan Bos, Mama Kirim Salam bagi menyediakan medium dakwah rahmah yang santai melalui pendekatan genre paling popular, drama.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Namanzee Harris berkata, drama itu bersesuaian dengan imej yang dibawakan oleh stesen televisyen tersebut.

Menurut beliau, ia memberi satu alternatif kepada tontonan drama waktu maghrib dan satu tatacara pembikinan kreatif popular namun selari dengan syariah.

“Drama ini satu alternatif bagi tontonan waktu petang tanpa mengganggu solat maghrib iaitu antara pukul 6.30 hingga 7 petang.

“Pendekatan pembuatan drama rahmah bersesuaian dengan masyarakat Islam garapan Malaysia tanpa mengetepikan genre budaya popular,” katanya kepada Malakat Tribune di sini hari ini.

Tambah Namanzee, drama 36 episod itu telah ditayangkan dan hari ini memasuki episod keempat.

Menurut beliau, 90 peratus tenaga kerja produksi termasuk pelakon terdiri daripada warga TV Alhijrah.

“Semoga kami mampu bersaing serta memberikan satu pendekatan yang berlainan kepada penonton,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here