Brainy Bunch tawar tajaan biasiswa untuk pembeli Raudhahville

0
561
Raudhahville merupakan kediaman moden Islam pertama di Malaysia yang dibangunkan di Raudhah City, Cyberjaya

RAUDHAH CITY – Peneraju pendidikan kanak-kanak di Malaysia, Brainy Bunch menawarkan program tajaan biasiswa kepada anak-anak pembeli kediaman di Raudhahville untuk belajar di Sekolah Antarabangsa Islam Brainy Bunch di sini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim, tawaran istimewa tersebut terbuka untuk 100 pembeli unit terakhir di Raudhahville yang terletak di Cyberjaya di sini.

“Menerusi program biasiswa ini sebanyak 70 peratus daripada yuran pengajian ditanggung manakala ibu bapa hanya perlu membayar 30 peratus.

“Selepas itu, kita juga akan menawarkan bonus tamat pengajian apabila pelajar berkenaan lulus cemerlang dengan ‘upgrade’ kepada status biasiswa penuh. Dan kami akan memulangkan baki bayaran yuran 30 peratus kepada ibu bapa,” katanya dalam satu status di laman Facebook miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Fadzil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah City berkata, selain mendapat kediaman yang selesa untuk keluarga, anak-anak mereka juga bakal mendapat pelajaran terbaik di sekolah antarabangsa tersebut.

Mohd. Fadzil Hashim

“Itulah tujuan kami di Raudhah City. Semoga ianya dapat memberi peluang kepada keluarga anda untuk tinggal bersama kami di bandar Islam moden pertama,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, rumah contoh Raudhahville dibuka pada setiap hari dari pukul 8.30 pagi sehingga 6 petang.

Beliau berkata, projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun ini dan proses penyerahan kunci kepada semua pembeli dijangka dibuat pada Disember ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here