Brainy Bunch rai pelajar dalam majlis graduasi

0
371
Mohd. Fadzil Hashim (tiga dari kiri0 bersama Elfizah Mokhtar (dua dari kanan) merakam gambar kenang-kenangan bersama pelajar dan guru dalam Majlis Graduasi dan Penyampaian Anugerah 2020

RAUDHAH CITY – Sekumpulan pelajar Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch diraikan dalam satu majlis minum petang sempena Majlis Graduasi dan Penyampaian Anugerah 2020 di sini hari ini.

Yang hadir sama memeriahkan majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Brainy Bunch, Efizah Mohtar Rasali; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim, para pelajar dan ibu bapa.

Menurut Elfizah, majlis yang memasuki tahun kelima diadakan itu sangat istimewa kerana kesemua pelajar terlibat merupakan kumpulan pertama di tempatkan di Brainy Bunch One City Putra Height, Subang Jaya, Selangor.

“Saya berasa sangat gembira dengan mereka sebab kumpulan pelajar ini saya lihat mereka membesar dari kecil hinggalah sekarang.

“Saya berharap mereka akan menjadi Muslim dan Muslimah yang terbaik dan menjadi ketua yang hebat di masa hadapan. Pada masa sama, saya juga berharap mereka dapat menunjukkan contoh tauladan yang baik terutamanya kepada pelajar-pelajar junior lain,” katanya kepada Malakat Tribune.

Mengulas lanjut, katanya, rata-rata pelajar yang telah menamatkan pengajian itu berusia dalam lingkungan 18 tahun dan yang paling muda berusia 16 tahun.

Ahmad Iman Hamzah menerima anugerah pelajar terbaik keseluruhan

Dalam pada itu, menurut pelajar terbaik keseluruhan, Ahmad Iman Hamzah Ahmad Sufian, 18, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutamanya tenaga pengajar dan ibu bapa yang banyak memberi dorongan kepadanya pada setiap masa.

“Saya berharap dapat bekerja lebih keras di masa hadapan untuk mencapai impian saya. Untuk perancangan masa hadapan, saya akan menyambung pengajian di salah sebuah institusi pendidikan di Jepun dalam bidang sains alam sekitar,” katanya.

Sementara itu, menurut Sumayyah Maszlee, 18, meskipun berasa teruja kerana dapat menghadiri majlis graduasi itu, beliau tetap berasa sebak dan sedih kerana akan berpisah dengan rakan-rakan dan cikgu yang telah banyak memberi tunjuk ajar selama ini.

Sumayyah Maszlee menunjukkan anugerah dan keputusan peperiksaan yang diterimanya

Sumayyah yang juga anak kepada bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, untuk perancangan masa hadapan beliau bercadang untuk menyambung pengajian dalam bidang bisnes atau perakaunan.

“Kepada semua guru-guru terima kasih kerana mengajar dan menjadikan saya insan berguna, saya berharap guru-guru di sini akan terus mengajar di sini.

“Kepada keluarga saya pula, terima kasih kepada ibu yang telah melahirkan dan mengajar saya banyak benda,” katanya yang turut menerima anugerah dalam bidang perakaunan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here