Calon Menteri Besar Johor dibincang

0
377

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pertemuan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini bagi membincangkan calon Menteri Besar baharu susulan perkenan Istana Johor untuk Gabungan Baharu dibentuk bagi mentadbir kerajaan negeri.

Memetik agensi berita Bernama, perkara itu disahkan Pengerusi BN Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad, ketika dihubungi Bernama, tadi

Katanya, beliau akan berbincang dengan Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang sebelum senarai muktamad calon dipersembahankan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk diperkenan, selewat-lewatnya esok.

“Keputusan akhir, biar Tuanku (Sultan Ibrahim) yang tentukan kerana ini sudah dipersetujui kedua-dua pihak,” katanya.


Johor mempunyai 56 kerusi DUN dan daripada jumlah itu, DAP dan UMNO masing-masing mempunyai 14 kerusi, Bersatu (11), Amanah (9), PKR (5), MIC (2) dan Pas (1).- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here