Caruman KWSP dikurangkan, tambahan RM50 e-Tunai

0
235

KUALA LUMPUR – Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan sebanyak empat peratus daripada 11 peratus kepada tujuh peratus untuk merangsang permintaan domestik.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, RM10 bilion akan kekal di tangan pencarum berkuat kuasa sehingga akhir tahun ini.

“(Bagaimanapun), pekerja Malaysia mempunyai pilihan untuk tidak menyertai skim itu dan mengekalkan kadar caruman mereka,” katanya ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bertemakan, ‘Memperkukuh Keyakinan, Merangsang Pertumbuhan, Melindungi Pekerjaan’ di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM200 yang dijadualkan pada Mei 2020 diawalkan pada bulan hadapan.

“Kerajaan juga akan membayar kepada setiap penerima BSH tambahan RM100 dikreditkan ke dalam akaun bank pada Mei dan seterusnya tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai,” katanya.

Di bawah inisiatif e-Tunai Rakyat RM30, kerajaan menetapkan peruntukan sebanyak RM450 juta.

Dengan pendapatan tahunan sebanyak RM100,000, rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak menyertai kempen itu yang bermula pada 15 Januari dan berakhir pada 14 Mac ini. Pendaftaran ditutup pada 9 Mac ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here