
CYBERJAYA – Penjaga gol lagenda Sepanyol, Iker Casillas mengesahkan dia akan bertanding bagi merebut jawatan Presiden FA Sepanyol (RFEF).
Menurut portal DailyMail, Casillas yang masih mempunyai kontrak bermain dengan kelab Portugis, Porto, difahamkan akan menggantung sarung tangannya jika dipilih memegang jawatan tersebut.
Pemain berusia 38 tahun itu, yang kini sedang berehat dari bermain selepas mengalami serangan jantung ketika latihan tahun lepas, pada waktu ini menggalas tugas sebagai jurucakap skuad utama dengan barisan pengarah kelab.
“Ya, saya akan bertanding jawatan presiden RFEF apabila pengundian dibuka,” umum Casillas di akaun Twitter miliknya, semalam.
Proses pengundian dijangka akan dimulakan pada minggu kedua Mac hadapan.
Casillas yang mempunyai 167 cap mewakili Sepanyol, turut pernah mengetuai pasukan negaranya menjuarai tiga kejuaraan antarabangsa berturut-turut iaitu Euro 2008, the Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.
Di peringkat kelab, mewakili Real Madrid, beliau pernah menjuarai tiga pingat Liga Juara-juara Eropah, lima kejuaraan La Liga dan dua Copa del Rey.