Cathay Pacific arahkan semua kakitangan ambil cuti tanpa gaji

0
146
AUGUSTUS TANG

CYBERJAYA – Syarikat penerbangan Cathay Pacific semalam mengumumkan bahawa kesemua 27,000 pekerjanya diarahkan bercuti tanpa gaji selama tiga minggu berikutan penularan wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan, Augustus Tang menerusi satu rakaman video, semalam.

“Saya berharap supaya anda semua, dari pekerja barisan hadapan hingga ke pengurusan atasan akan melibatkan diri dan sama-sama berkongsi cabaran ini,” kata beliau.

Menurut portal berita QZ.com, cuti tersebut perlu diambil di antara Mac dan Jun tahun ini.

Terdahulu, syarikat penerbangan berpangkalan di Hong Kong itu merupakan salah satu syarikat yang terjejas akibat tunjuk perasaan pro-demokrasi di negara tersebut.

“Kita tidak tahu sampai bila perkara ini (wabak 2019-nCoV) akan berlanjutan. Ketidak pastian ini menyebabkan kita terpaksa melindungi aliran tunai bagi melindungi perniagaan kita ini,”katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here