C&E: Perkakas dapur harga mampu milik

0
640

RAUDHAH CITY- Berkunjung ke pusat beli belah Malakat Mall pasti akan membuatkan kaum hawa yang rajin ke dapur rambang mata kerana di situ terdapat kedai yang menjual pelbagai perkakas dapur mewah yang menjadi idaman wanita.

Lebih menarik, harga setiap perkakas dapur yang dijual di kedai C&E yang akan dibuka di Malakat Mall pada Mac ini juga dijual pada harga yang mampu milik iaitu boleh dikatakan lebih murah berbanding di luar.

Pengurus jenama C&E, Syaraff Al Sadat Mohsein berkata, C&E merupakan syarikat pengeluar perkakas dapur untuk beberapa jenama besar namun, tidak mempunyai premis sendiri untuk menjual barangan buatan mereka.

“C&E di Malakat Mall nanti merupakan premis pertama yang dibuka untuk pemasaran sendiri. Kami terpilih untuk membantu membuka premis yang menjual perkakasan dapur di bawah jenama
yang berkualiti tinggi itu.

“Untuk yang belum tahu, perkakas dapur buatan C&E sangat berkualiti tinggi dan sememangnya setanding dengan jenama lain yang terdapat di pasaran ketika ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Syaraff berkata, selalunya produk yang berkualiti sering dikenakan harga yang mahal membuatkan pengguna terpaksa menyimpan hasrat mereka untuk memiliki barangan tersebut namun tidak di C&E.

Katanya, selain menawarkan harga mampu milik, pihaknya juga akan berkerjasama dengan beberapa chef terkenal untuk menjalankan kursus memasak bersama pelanggan C&E selain menggunakan perkakas dapur jenama itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here