‘Contohilah masjid ini’

0
608


CYBERJAYA – Masjid Jamek Kampung Banggol Kepala Batas menjadi contoh bagaimana jawatankuasa masjid itu agresif membeli tanah bagi menambah aset sekali gus diselamatkan daripada jatuh kepada pihak lain.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Yusof Desa yang berkata, ada masjid berlumba-lumba mengadakan kuliah ceramah bagi menarik ramai umat Islam mengunjunginya sehingga membelanjakan puluhan ribuan ringgit setiap tahun.

“Namun berlainan pula bagi jawatankuasa masjid ini (Masjid Jamek Kampung Banggol) agresif membeli tanah atas nama wakaf sekali gus menambah aset masjid dan yang paling penting tanah-tanah Melayu dapat diselamatkan daripada jatuh ke tangan pihak lain.

“Di saat pihak masjid lain mengeluh apabila makin banyak tanah-tanah kampung dijual kepada pihak lain, masjid ini terus melancarkan kempen wakaf tanah untuk manfaatkan jemaah masjid,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Status tersebut yang dimuat naik dua jam lalu mendapat 362 tanda suka dengan 155 warga maya berkongsinya.

Tambah Yusof, apa gunanya 1,000 kuliah ceramah tetapi tidak mampu menyelamatkan sekeping tanah Melayu.

“Apa guna dana masjid beratus ribu tapi tanah di sekeliling masjid milik bangsa lain? Apa kemuliaan bangsa Melayu dan umat Islam tanpa tanah sendiri?,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here