Coronavirus: Angka kematian tertinggi dalam sehari dicatat

0
162

CYBERJAYA – Jumlah kematian akibat wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) di China merekodkan angka tertinggi dalam sehari semalam, apabila dilaporkan seramai 64 orang meninggal dunia.

Menurut portal al-Jazeera yang memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, jumlah tersebut menjadikan keseluruhan mangsa meninggal dunia akibat wabak yang belum mempunyai penawar itu kepada sekurang-kurangnya 425 orang.

Setakat semalam, seramai 20,438 penghidap disahkan positif 2019-nCoV di seluruh dunia.

Sementara itu, Jepun melaksanakan perintah kuarantin terhadap sebuah kapal pesiaran di Yokohama bagi melaksanakan proses pemeriksaan kesihatan.

Kapal Diamond Princess, yang membawa 2,500 penumpang dan 1,000 anak kapal itu ditahan daripada berlabuh kerana salah seorang penumpang yang tiba di Hong Kong pada 25 Januari lalu didapati positif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here