Coronavirus dan berita palsu

0
183
GAMBAR HIASAN

PENULARAN wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) di seluruh dunia bukanlah sesuatu yang perlu dibuat main.

Wabak yang setakat ini telah mengorbankan lebih 560 orang, dengan majoritinya di China, belum menunjukkan tanda akan reda, dengan jumlah kes yang disahkan kini melebihi 28,000 pesakit di seluruh dunia.

Ini sesuatu yang meresahkan.

Janganlah ditambah lagi keresahan ini dengan penularan berita yang belum tentu sahih, apatah lagi mengada-adakan sesuatu yang tiada.

Dalam era media sosial, mengejar jumlah ‘likes’ dan reputasi sebagai ‘yang terpantas’ umpama satu ketagihan dalam kalangan pengguna.

Ketagihan ini mengancam fabrik masyarakat kerana mampu mencetus rasa tidak senang dan panik jika maklumat yang disampaikan sama sekali tidak tepat.

Cakcibor sebenarnya agak pelik juga, kerana dalam dunia teknologi yang serba canggih kini, masih ada pengguna yang ‘kononnya’ belum mahir untuk memastikan maklumat yang diterima itu sahih atau sebaliknya.

Semuanya di hujung jari, ‘google’ sahaja pasti akan muncul.

Buat pengguna yang suka memuat naik maklumat terkini, silakan, namun pastikan maklumat tersebut sahih dan bersumberkan pihak yang tepat. Jika masih ragu-ragu, semak semula sumber tersebut. Senang cerita, ‘google’ kan ada.

Tapi, kalau masih berdegil, mau kongsi lagi benda-benda yang belum tentu sahih ataupun tidak, jangan terkejut kalau tiba-tiba dijemput untuk ke balai polis pula.

Sendiri mau ingat lah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here