Coronavirus: Kematian kedua di luar China dilaporkan

0
233
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Seorang lelaki warga Hong Kong menjadi mangsa kedua di luar China yang maut akibat jangkitan wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV), hari ini.

Memetik laporan Hong Kong Free Press, lelaki berusia 39 tahun itu mengunjungi Wuhan selama dua hari pada 21 Januari lalu, dan mula mengadu kesakitan otot sejak 29 Januari diikuti demam dua hari kemudian.

Jurucakap Hospital Princess Margaret, lokasi di mana lelaki itu dirawat dilaporkan sebagai berkata, lelaki tersebut merupakan seorang penghidap kencing manis.

Kes kematian pertama di luar China akibat coronavirus yang belum mempunyai penawar itu dilaporkan di Filipina, kelmarin.

Kes ini melibatkan seorang lelaki yang berusia 44 tahun yang berasal dari Wuhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here