Coronavirus ragut 722 nyawa, atasi kematian akibat SARS

0
102

BEIJING – Jumlah kematian keseluruhan akibat Novel Coronavirus (2019-nCoV) di China meningkat kepada 722 hari ini selepas wilayah Hubei melaporkan 86 kematian baharu.

Menurut AFP, perangkaan itu mengatasi jumlah kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang meragut hampir 650 nyawa di China dan Hong Kong pada 2002 hingga 2003.

Dalam perkembangan terkini, Suruhanjaya Kesihatan Hubei turut mengesahkan penemuan 2,841 kes baharu di wilayah berkenaan, iaitu lokasi kali pertama virus terbabit dikesan akhir Disember lalu.

Ekoran penularan wabak berkenaan, kerajaan China turut menyekat jalan masuk ke daerah Wuhan, Hubei.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here