Coronavirus: Seorang lagi doktor maut di China

0
99
Dr. Li Wenliang yang bertugas di salah sebuah hospital di China maut akibat coronavirus

CYBERJAYA – Seorang doktor di China yang antara memberi maklumat dan amaran awal mengenai bahaya penyakit coronavirus meninggal dunia pada awal pagi hari ini akibat jangkitan wabak tersebut.

Kematian Dr. Li Wenliang, 34, yang bertugas sebagai pakar mata di sebuah hospital di Wuhan, China bukan sahaja diratapi oleh orang ramai malah menimbulkan kemarahan banyak pihak selepas beliau dan tujuh individu lain ditahan pihak polis pada 3 Januari lalu kerana didakwa menyebarkan maklumat palsu dan haram.

Dr. Wenliang sebelum ini pernah memberi amaran kepada doktor lain melalui media sosial mengenai tujuh kes jangkitan virus misteri baharu.

Ucapan selamat tinggal yang ditulis di jalan raya di Wuhan bagi mengingati pemergian Dr. Wenliang

Orang ramai yang berang dengan tindakan kerajaan China yang seolah-olah cuba menyembunyikan kebenaran mengenai wabak tersebut, menggunakan media sosial untuk menzahirkan kemarahan dan kekecewaan masing-masing.

Sehingga kini, di wilayah Hubei di mana terletaknya Wuhan, sebanyak 69 kematian baharu dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah korban akibat coronavirus di China kini mencecah lebih 600 mangsa.

Malah, menurut laporan televisyen negara itu,
hampir 2,500 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah jangkitan di China kini melebihi 30,000 orang. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here