Coronavirus: Sepanyol catat kes pertama di kepulauan tengah Lautan Atlantik

0
185

CYBERJAYA – Sepanyol baru-baru ini mengesahkan kes pertama jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) di Pulau Canary yang merupakan salah sebuah pulau-pulau jajahannya di Lautan Atlantik.

Menurut Pusat Mikrobiologi Kebangsaan negara itu, mangsa merupakan sebahagian daripada lima pelancong dari Jerman dan kini sedang dikuarantin di pulau yang terletak bersebelahan dengan tanah benua Afrika.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas syarikat penerbangan negara itu, Spain Iberia dan British Airways menghentikan penerbangan ke China.

Jumlah kematian akibat wabak Coronavirus di China sehingga kini mencecah 563 orang. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here