Coronavirus: WHO namakan virus sebagai COVID-19

0
73
Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus

CYBERJAYA – Wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang merebak di seluruh dunia merupakan satu “ancaman yang lebih hebat daripada ancaman keganasan”.

Memetik portal berita Guardian, Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) turut menamakan virus tersebut sebagai COVID-19.

“Virus mempunyai akibat yang lebih buruk daripada ancaman keganasan,” kata Ketua Pegarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu persidangan bagi menangani wabak ini di Geneva, semalam.

Beliau turut berkata, usaha kini giat dijalankan bagi mencipta vaksin wabak ini, dan dijangka akan siap dalam tempoh 18 bulan lagi.

“Oleh itu, kita perlu melakukan apa sahaja yang kita mampu untuk mengekang penularannya,” kata beliau lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here