Covid-19: 123 kes positif baharu dilaporkan di Korea Selatan

0
59
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Angka pesakit yang disahkan positif Covid-19 semakin meningkat di Korea Selatan, dengan 123 kes baharu dan satu kematian disahkan, hari ini.

Ketika ini, angka keseluruhan kes positif di negara tersebut berjumlah 556, dengan 18 kes dilaporkan sudah pulih.

Daripada 123 kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 75 kes mempunyai kaitan dengan gereja ajaran Shincheonji, dan sebuah hospital berdekatan yang terletak di bandar Daegu.

Berikutan itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KCDC) telah mengeluarkan arahan kuarantin kepada kepada 9,000 pengikut Shincheonji.

Sementara itu, Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun dalam ucapannya di televisyen tempatan malam tadi berkata, usaha menghalang wabak itu daripada merebak hanya akan berjaya jika rakyat mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here