Covid-19: 5 maut di Iran; 2 di Itali

0
104
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Lima individu dilaporkan maut akibat coronavirus Covid-19 di Iran.

Memetik laporan The Guardian, Kementerian Kesihatan Iran turut mengesahkan sebanyak 10 lagi kes dikesan sebagai positif, hari ini, menjadikan keseluruhan kes positif di negara tersebut kepada 28.

Laporan awal menyebut, dua daripada mangsa yang terbunuh berasal dari bandar Qom yang terletak kira-kira satu jam di selatan Tehran.

Kebanyakan kes baru turut melibatkan individu yang tinggal dan pernah melawat bandar tersebut, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianush Jahanpur.

Sementara itu, Itali turut merekodkan kematian kedua akibat Covid-19, hari ini.

Media tempatan menyebut, individu yang maut tersebut berusia 78 tahun dan berasal dari Veneto.

Kematian pertama di negara Eropah tersebut melibatkan seorang wanita dari wilayah Lombardy.

Setakat ini, Itali merekodkan 34 kes positif dengan 250 individu lagi masih dalam kuarantin dan diklasifikasikan sebagai ‘di bawah perhatian’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here